Monday, October 29, 2018

MODUL SOALAN BERFOKUS SPM 2018 ANJURAN MPSM CAWANGAN PULAU PINANG

MODUL SOALAN BERFOKUS SPM 2018 ANJURAN MPSM CAWANGAN PULAU PINANG
Soalan 1 : Rumusan
Petikan membincangkan faedah tarian sebagai medium perkembangan remaja di negara Malaysia
Antara faedah tarian ialah membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Selain itu, tarian dapat menonjolkan bakat dan potensi diri remaja. Seterusnya, keyakinan dan keberanian seseorang dapat dibina. Di samping itu, tarian mampu melatih remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif serta kecekapan menghafal dan mengimbangi diri mereka. Akhir sekali, remaja dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional
Antara cara-cara menggalakkan penyertaan tarian ialah mengadakan pertandingan tarian tradisional di sekolah. Tambahan lagi, penari professional harus dijemput ke sekolah untuk melakukan persembahan dan meningkatkan minat remaja terhadap tarian tradisional..
Kesimpulannya, tarian tradisional hendaklah dipupuk dalam diri remaja dengan bantuan setiap pihak supaya budaya negara dapat dikekalkan
Soalan 2(a) – Petikan Umum
  1. Maksud rangkai kata kemampuan individu ialah kebolehan seseorang
  2. Ibu bapa memainkan peranan untuk menggalakkan penyertaan anak-anak dalam bidang tarian. Antara peranan mereka ialah memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam seni tari. Selain itu, ibu bapa berperanan untuk membantu anak-anak memilih bidang tarian yang diminati dan mempunyai hala tuju. Akhir sekali, ibu bapa harus memberikan motivasi secara berterusan untuk melahirkan anak-anak yang aktif dalam seni tari
  3. Pada pendapat saya, pihak kerajaan mampu melakukan usaha seperti mengadakan sambutan mencinta keseniaan dan kebudayaan di Malaysia. Seterusnya, kerajaan boleh menggalakkan kerjaya-kerjaya yang melibatkan kesenian dan kebudayan Malaysia. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan harus menyarankan penyebaran rasa cinta terhadap keseniaan Malaysia di sekolah-sekolah. Akhir sekali, individu yang berminat dengan bidang tarian wajar diberikan peluang pekerjaan yang lebih luas.
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
  1. Anak-anak muda di kota sudah lalai dan alpa dengan hiburan sehingga sanggup melupakan budaya dan bahasa ibunda. Mereka juga sudah kehilangan maruah dan bergaul bebas tanpa batas jantina.
  2. Pada pendapat saya, ibu bapa mestilah sentiasa memantau perbuatan anak-anak mereka supaya gejala dilakukan oleh anak-anak dapat ditangkap. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memupuk pendidikan agama supaya anak-anak mereka membenci gejala-gejala sosial. Akhir sekali, ibu bapa harus selalu meluangkan masa dengan anak-anak mereka supaya pendidikan dan pemupukan nilai dan akhlak dapat dijalankan
  3. Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan   peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Perpecahbelahan yang dilakukan oleh penjajaj dahulu telah meruntuhkan maruah dan akhlak generasi muda di kawasan bandar sekarang. Persoalan lain daripada kesuluruhan petikan ialah keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.
     
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
  1. Maksud rangkai kata penjurit besar ialah kekalahan hebat
  2. Sebaik sahaja Kertala Sari sampai ke Melaka, ia singgah ke kawasan luar kota atau kawasan kampung Jawa. Kemudian, ia menyamar sebagai seorang Jawa serta berjalan-jalan keluar masuk seluruh kampung orang-orang kaya dan bangsawan
  3. Sekiranya saya Kertala Sari, saya akan menewaskan Laksamana dengan cara meracuni minuman beliau. Saya akan berpura-pura menghadiahkan atau mempelawa beliau dengan satu minuman mewah yang mengandungi racun. Jika gagal, saya akan menyamar sebagai pengikut Laksamana dan membunuhnya semasa beliau sedang tidur.
Soalan 2(d) – Sajak
  1. Cara-cara penyajak menzahirkan keinsahan atas dosa-dosa yang lalu adalah dengan mengungkapkan kalimah syahdu sehingga menyentuh hatinya serta sujud dan melafazkan taubat dalam keadaan yang sedih dan sunyi-sepi.
  2. Pada pandangan saya, jika seseorang manusia itu sedar bahawa dunia ini bersifat sementara, dia akan sentiasa berasa bersalah dengan kejahatan yang dilakukannya. Selain itu, dia juga akan sering mengingati dan membuat persediaan untuk meninggalkan dunia dengan melakukan kebaikan. Akhir sekali, dia akan menghindari perbuatan yang membazir masa dan sia-sia.
  3. Nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah keinsafan. Sebagai contoh, penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu. Selain itu, terdapat juga nilai kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguh-sungguh dan gigih memohon keampunan kepada Tuhan.
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
  1. i. Lengan – Lengan Aiman berasa gatal akibat gigitan nyamuk itu
      lengang – Walaupun sudah terlewat, Amir masih berjalan secara lenggang
    ii. Timang – Puan Salmah sering timang anaknya yang baru lahir bulan lepas
       timbang – Penjaja ikan harus timbang ikan yang dijualnya dengan amanah
    iii. Trafik – Amir terlewat ke mesyuarat itu akibat tersekat di trafik yang sesak
        tragik – Kematian ibu bapa Munirah semasa hari graduasinya itu sungguh tragik
  2. i. Mata pelajaran Sejarah pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul pada setiap hari Sabtu.
    ii. Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.
    iii. Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.


Kesalahan ejaan
Kesalahan penggunaan imbuhan
i
Cucok → cucuk
Habiskan → menghabiskan
ii
Naskah → naskhah
Menghadiahi → menghadiahkan
iii
engkar → ingkar
Menggaul →bergaul



Kesalahan penggunaan kata atau istilah
Kesalahan tatabahasa
i
Keharmonian → Kecantikan
para-para pengunjung → para pengunjung
ii

demi untuk → demi/untuk
iii
Diwartakan →
di hari Khamis → pada hari Khamis

  1. i. sudah terhantuk baru tengadah
    ii.  Air dicencang tidak akan putus
    iii. Pelanduk dua serupa`
Soalan 4 : Novel
  1. Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
Leftenan Adnan merupakan seseorang yang sangat berani. Beliau sanggup berjuang menentang Jepun walaupun tanpa senjata dan kekurangan tentera. Walaupun tiada peluang kemenangan, beliau tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Selain itu, Leftenan Adnan juga seorang bijaksana. Contohnya, beliau bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Bukan itu sahaja, Leftenan Adnan ialah seorang insan yang berpatriotik dan sanggup meninggalkan kerjanya sebagai guru untukmemasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
b) Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah.
Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib, terdapat latar tempat Bukit Candu. Di latar ini, komponeni C telah menentang Jepun sekali lagi walaupun kekurangan askar. Kompeni C telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakkhir dengan penuh berani. Malangnya, Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun dengan bayonet. Di dalam Tirani karya Beb Sabariah, terdapat latar tempat Rumah Bazilah. Tempat ini terletak di Yishn Street. Ini merupakan tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura. Mata dan hidungnya tercedera akibat serangan monyet Belanda yang meluru masuj secara tiba-tiba.

No comments:

Post a Comment