Wednesday, October 31, 2018

Faedah-faedah Melancong

        Melancong ialah melawat negeri atau negara yang jauh dari tempat tinggal diri sama ada bertujuan untuk berseronok atau mempelajari budaya asing. Orang ramai selalunya melancong pada hari cuti dan ada juga yang melancong sebagai hobi. Ada yang melancong secara individu dan ada juga yang melancong bersama keluarga atau kawan-rakan. Dasawarsa ini, aktiviti melancong sudah menjadi semakin popular di saentero dunia. Namun begitu, masih ramai yang menganggap melancong hanyalah sesuatu yang membuang masa dan wang semata-mata untuk berseronok. Mereka tidak sedar akan faedah yang pelbagai dalam aktiviti pelancongan. Pelancongan ibarat serampang dua mata kerana bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai berbagai mandaat yang banyak membantu dan mematangkan individu.
   
             Antara faedah melancong ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Seseorang yang melancong bakal mempelajari sejarah yang wujud di sebalik bangunan dan tapak menarik di wilayah luar. Sebagai contoh, Kota A-Famosa di Melaka yang didirikan oleh Belanda semasa zaman penjajahan mereka. Di luar negara pula, terdapat bangunan seperti Tembok Berlin; sebuah tembok untuk memisahkan Jerman barat dan Jerman timur semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, pelancong juga boleh mengetahui budaya dan adat manusia dari seluruh dunia dengan cara memerhati kegiatan serta marhaen negara luar. Contohnya, pelawat ke Jepun akan melihat budaya Jepun yang mementingkan kesopanan dan menepati masa. Dengan ilmu pengetahuan yang luas mengenai sejarah dan budaya, seseorang itu akan menjadi lebih matang dan berfikiran terbuka kerana terdedah dengan sesuatu yang asing daripada kehidupan biasanya. Bak kata yang terkenal, timbalah ilmu sehingga ke negara China.
Seterusnya, aktiviti pelancongan menambahkan pengalaman. Seperti yang dihujah di atas, melancong dapat mengajar kita mengenai budaya dan sejarah sesebuah wilayah. Budaya sesebuah tempat tidak tertumpu pada perilaku rakyatnya sahaja. Budaya negara juga merangkumi pakaian, tarian dan makanan tradisional. Contohnya, tarian tradisional di negara Malaysia ialah zapin oleh warga Sarawak dan tarian singa oleh bangsa Cina. Contoh pakaian pula ialah baju kebaya bagi bangsa Melayu, Cheongsam bagi bangsa Cina dan Sari bagi bangsa India. Pengalaman mempunyai impak yang besar terhadap kematangan dan kemampuan seseorang membuat keputusan. Janganlah kita menjadi seperti katak di bawah temperung yang sangat cetek pengetahuan dan pengalamannya.
    
              Tambahan lagi, melancong juga berkemampuan untuk menghilangkan stress. Mayapada kini, masalah seperti anzieti, stress dan kemurungan kian menjadi polemik yang berleluasa dalam kalangan belia. Masalah ini ialah akibat tekanan dalam pembelajarn atau kerja yang melampau terutamanya pada era modenisasi kini yang mempunyai standard dan harapan yang tinggi untuk para pekerja. Oleh sebab itulah, mangsa stress wajar melakukan prakarsa untuk menenangkan diri. Aktiviti melancong merupakan herba yang sangat mujarab untuk mengubati stres seseorang. Ini kerana melancong ke negara lain dapat menghiburkan seseorang sehingga dia melupakan masalah yang menghantuinya selama ini. Kajian juga turut menunjukkan kesan yang positif kepada individu yang mengubah kawasan persekitarannya terutamanya di kawasan yang sakinah. Kita juga haruslah bersabar menghadapi masalah hidup kerana berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

              Di samping itu, hubungan silaturrahim antara ahli keluarga juga dapat dieratkan melaluli aktiviti pelancongan. Pada zaman globalisasi ini, masalah tidak dihadapi oleh seorang individu sahaja, malah satu keluarga juga menerima tempias masalah tekanan ibu bapa atau adik-beradik. Oleh sebab itu, sudah menjadi obligasi untuk sebuah keluarga untuk menguatkan semula wasilah ini menggunakan uslub yang berkesan seperti melancong. Keluarga yang melancong mesti meluangkan masa dan berseronok bersama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapa sentiasa sibuk berkerja atau anak yang tinggal berjauhan di asrama. Dengan meluangkan masa bersama, anak-anak akan merasai kasih sayang ibu bapa yang sepenuhnya dan meluahkan masalah yang dipendam. Sebagai hasilnya, ini akan mengelakkan kesalah fahaman antara satu sama lain dan melahirkan kulawarga bahagia. Setiap ahli keluarga wajib berhubung rapat kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

          Akhir sekali, aktiviti pelancangan mempunyai peranan yang signifikan dalam menjana ekonomi negara. Jika sektor pelancongan negara dimajukan, pelancong dari negara luar akan berasa tertarik untuk mengunjung ke negara tersebut. Kunjungan ini bakal meningkatkan ekonomi negara kerana mereka akan membeli barangan dan cenderamata di negara itu. Pertukaran mata wang juga akan memajukan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat. Ekonomi yang mahsyur supaya sesebuah negara mampu berdaya saing di persada antarabangsa serta menjadi setaraf dengan negara maju yang lain di jagatraya. Hubungan simbiosis di antara pelancong dan negara yang dikunjungi ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Negara tersebut akan lebih dikenali sementara pelancong akan mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan. Namun begitu, pelancong hendaklah ingat untuk mengikuti peraturan di negara yang dilawati kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

              Kesimpulannya, sebagai golongan murba, kita sepatutnya menggalakkan pelancongan dalam masyarakat kerana  aktiviti ini mempunyai banyak faedah untuk diri dan negara. Pelancongan dapat menghiburkan diri, menambah ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan Kendatipun begitu, kita mestilah ingat melakukan pelancongan dengan tujuan yang mahmudah dan bukan untuk sesuatu yang tidak bermoral. Sementalahan itu, kita juga mestilah tetap menghargai negara sendiri walau sehebat mana pun negara lain. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. 

34 comments:

  1. Baik tapi ada kesalahan ejaan seperti stress-stres

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's not easy to do it right?

      Delete
    2. thankyou for telling cause i baru tahu tu spelling yg betul dlm melayu

      Delete
    3. ppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp

      Delete
  2. Baik tapi ada kesalahan ejaan seperti stress-stres ,betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhehehheehhehhee

      Delete
  3. All good but you have some spelling errors..

    ReplyDelete
  4. banyak betul kesalahan ejaan haih penin

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, kuroki22 atas ilmu ini.Sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  6. very good tapi ada ayat yg terpusing macam last ayat tu

    ReplyDelete
  7. my teacher gave me 97 because ada ayat yg terpusing

    ReplyDelete
  8. Banyak typo. Can you redo this again? it's so hard for me to understand.

    ReplyDelete
  9. Sungguh menarik dan bermanfaat! Saya sangat setuju bahawa faedah melancong amat banyak dan tidak boleh dipandang remeh. Melancong bukan hanya sebagai aktiviti hiburan, tetapi juga sebagai cara untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman kita. Tidak kira sama ada kita melancong seorang diri atau bersama keluarga, setiap perjalanan memberikan kenangan yang tidak ternilai serta pengetahuan tentang budaya dan sejarah yang berbeza. Teruskan berkongsi maklumat berharga ini untuk menggalakkan lebih ramai orang menikmati kelebihan yang ditawarkan oleh aktiviti pelancongan!

    ReplyDelete