Wednesday, October 31, 2018

Faedah-faedah Melancong

        Melancong ialah melawat negeri atau negara yang jauh dari tempat tinggal diri sama ada bertujuan untuk berseronok atau mempelajari budaya asing. Orang ramai selalunya melancong pada hari cuti dan ada juga yang melancong sebagai hobi. Ada yang melancong secara individu dan ada juga yang melancong bersama keluarga atau kawan-rakan. Dasawarsa ini, aktiviti melancong sudah menjadi semakin popular di saentero dunia. Namun begitu, masih ramai yang menganggap melancong hanyalah sesuatu yang membuang masa dan wang semata-mata untuk berseronok. Mereka tidak sedar akan faedah yang pelbagai dalam aktiviti pelancongan. Pelancongan ibarat serampang dua mata kerana bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai berbagai mandaat yang banyak membantu dan mematangkan individu.
   
             Antara faedah melancong ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Seseorang yang melancong bakal mempelajari sejarah yang wujud di sebalik bangunan dan tapak menarik di wilayah luar. Sebagai contoh, Kota A-Famosa di Melaka yang didirikan oleh Belanda semasa zaman penjajahan mereka. Di luar negara pula, terdapat bangunan seperti Tembok Berlin; sebuah tembok untuk memisahkan Jerman barat dan Jerman timur semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, pelancong juga boleh mengetahui budaya dan adat manusia dari seluruh dunia dengan cara memerhati kegiatan serta marhaen negara luar. Contohnya, pelawat ke Jepun akan melihat budaya Jepun yang mementingkan kesopanan dan menepati masa. Dengan ilmu pengetahuan yang luas mengenai sejarah dan budaya, seseorang itu akan menjadi lebih matang dan berfikiran terbuka kerana terdedah dengan sesuatu yang asing daripada kehidupan biasanya. Bak kata yang terkenal, timbalah ilmu sehingga ke negara China.
Seterusnya, aktiviti pelancongan menambahkan pengalaman. Seperti yang dihujah di atas, melancong dapat mengajar kita mengenai budaya dan sejarah sesebuah wilayah. Budaya sesebuah tempat tidak tertumpu pada perilaku rakyatnya sahaja. Budaya negara juga merangkumi pakaian, tarian dan makanan tradisional. Contohnya, tarian tradisional di negara Malaysia ialah zapin oleh warga Sarawak dan tarian singa oleh bangsa Cina. Contoh pakaian pula ialah baju kebaya bagi bangsa Melayu, Cheongsam bagi bangsa Cina dan Sari bagi bangsa India. Pengalaman mempunyai impak yang besar terhadap kematangan dan kemampuan seseorang membuat keputusan. Janganlah kita menjadi seperti katak di bawah temperung yang sangat cetek pengetahuan dan pengalamannya.
    
              Tambahan lagi, melancong juga berkemampuan untuk menghilangkan stress. Mayapada kini, masalah seperti anzieti, stress dan kemurungan kian menjadi polemik yang berleluasa dalam kalangan belia. Masalah ini ialah akibat tekanan dalam pembelajarn atau kerja yang melampau terutamanya pada era modenisasi kini yang mempunyai standard dan harapan yang tinggi untuk para pekerja. Oleh sebab itulah, mangsa stress wajar melakukan prakarsa untuk menenangkan diri. Aktiviti melancong merupakan herba yang sangat mujarab untuk mengubati stres seseorang. Ini kerana melancong ke negara lain dapat menghiburkan seseorang sehingga dia melupakan masalah yang menghantuinya selama ini. Kajian juga turut menunjukkan kesan yang positif kepada individu yang mengubah kawasan persekitarannya terutamanya di kawasan yang sakinah. Kita juga haruslah bersabar menghadapi masalah hidup kerana berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

              Di samping itu, hubungan silaturrahim antara ahli keluarga juga dapat dieratkan melaluli aktiviti pelancongan. Pada zaman globalisasi ini, masalah tidak dihadapi oleh seorang individu sahaja, malah satu keluarga juga menerima tempias masalah tekanan ibu bapa atau adik-beradik. Oleh sebab itu, sudah menjadi obligasi untuk sebuah keluarga untuk menguatkan semula wasilah ini menggunakan uslub yang berkesan seperti melancong. Keluarga yang melancong mesti meluangkan masa dan berseronok bersama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapa sentiasa sibuk berkerja atau anak yang tinggal berjauhan di asrama. Dengan meluangkan masa bersama, anak-anak akan merasai kasih sayang ibu bapa yang sepenuhnya dan meluahkan masalah yang dipendam. Sebagai hasilnya, ini akan mengelakkan kesalah fahaman antara satu sama lain dan melahirkan kulawarga bahagia. Setiap ahli keluarga wajib berhubung rapat kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

          Akhir sekali, aktiviti pelancangan mempunyai peranan yang signifikan dalam menjana ekonomi negara. Jika sektor pelancongan negara dimajukan, pelancong dari negara luar akan berasa tertarik untuk mengunjung ke negara tersebut. Kunjungan ini bakal meningkatkan ekonomi negara kerana mereka akan membeli barangan dan cenderamata di negara itu. Pertukaran mata wang juga akan memajukan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat. Ekonomi yang mahsyur supaya sesebuah negara mampu berdaya saing di persada antarabangsa serta menjadi setaraf dengan negara maju yang lain di jagatraya. Hubungan simbiosis di antara pelancong dan negara yang dikunjungi ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Negara tersebut akan lebih dikenali sementara pelancong akan mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan. Namun begitu, pelancong hendaklah ingat untuk mengikuti peraturan di negara yang dilawati kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

              Kesimpulannya, sebagai golongan murba, kita sepatutnya menggalakkan pelancongan dalam masyarakat kerana  aktiviti ini mempunyai banyak faedah untuk diri dan negara. Pelancongan dapat menghiburkan diri, menambah ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan Kendatipun begitu, kita mestilah ingat melakukan pelancongan dengan tujuan yang mahmudah dan bukan untuk sesuatu yang tidak bermoral. Sementalahan itu, kita juga mestilah tetap menghargai negara sendiri walau sehebat mana pun negara lain. Bak kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. 

Monday, October 29, 2018

MODUL SOALAN BERFOKUS SPM 2018 ANJURAN MPSM CAWANGAN PULAU PINANG

MODUL SOALAN BERFOKUS SPM 2018 ANJURAN MPSM CAWANGAN PULAU PINANG
Soalan 1 : Rumusan
Petikan membincangkan faedah tarian sebagai medium perkembangan remaja di negara Malaysia
Antara faedah tarian ialah membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Selain itu, tarian dapat menonjolkan bakat dan potensi diri remaja. Seterusnya, keyakinan dan keberanian seseorang dapat dibina. Di samping itu, tarian mampu melatih remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif serta kecekapan menghafal dan mengimbangi diri mereka. Akhir sekali, remaja dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional
Antara cara-cara menggalakkan penyertaan tarian ialah mengadakan pertandingan tarian tradisional di sekolah. Tambahan lagi, penari professional harus dijemput ke sekolah untuk melakukan persembahan dan meningkatkan minat remaja terhadap tarian tradisional..
Kesimpulannya, tarian tradisional hendaklah dipupuk dalam diri remaja dengan bantuan setiap pihak supaya budaya negara dapat dikekalkan
Soalan 2(a) – Petikan Umum
  1. Maksud rangkai kata kemampuan individu ialah kebolehan seseorang
  2. Ibu bapa memainkan peranan untuk menggalakkan penyertaan anak-anak dalam bidang tarian. Antara peranan mereka ialah memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam seni tari. Selain itu, ibu bapa berperanan untuk membantu anak-anak memilih bidang tarian yang diminati dan mempunyai hala tuju. Akhir sekali, ibu bapa harus memberikan motivasi secara berterusan untuk melahirkan anak-anak yang aktif dalam seni tari
  3. Pada pendapat saya, pihak kerajaan mampu melakukan usaha seperti mengadakan sambutan mencinta keseniaan dan kebudayaan di Malaysia. Seterusnya, kerajaan boleh menggalakkan kerjaya-kerjaya yang melibatkan kesenian dan kebudayan Malaysia. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan harus menyarankan penyebaran rasa cinta terhadap keseniaan Malaysia di sekolah-sekolah. Akhir sekali, individu yang berminat dengan bidang tarian wajar diberikan peluang pekerjaan yang lebih luas.
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden
  1. Anak-anak muda di kota sudah lalai dan alpa dengan hiburan sehingga sanggup melupakan budaya dan bahasa ibunda. Mereka juga sudah kehilangan maruah dan bergaul bebas tanpa batas jantina.
  2. Pada pendapat saya, ibu bapa mestilah sentiasa memantau perbuatan anak-anak mereka supaya gejala dilakukan oleh anak-anak dapat ditangkap. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memupuk pendidikan agama supaya anak-anak mereka membenci gejala-gejala sosial. Akhir sekali, ibu bapa harus selalu meluangkan masa dengan anak-anak mereka supaya pendidikan dan pemupukan nilai dan akhlak dapat dijalankan
  3. Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan   peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara. Perpecahbelahan yang dilakukan oleh penjajaj dahulu telah meruntuhkan maruah dan akhlak generasi muda di kawasan bandar sekarang. Persoalan lain daripada kesuluruhan petikan ialah keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.
     
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
  1. Maksud rangkai kata penjurit besar ialah kekalahan hebat
  2. Sebaik sahaja Kertala Sari sampai ke Melaka, ia singgah ke kawasan luar kota atau kawasan kampung Jawa. Kemudian, ia menyamar sebagai seorang Jawa serta berjalan-jalan keluar masuk seluruh kampung orang-orang kaya dan bangsawan
  3. Sekiranya saya Kertala Sari, saya akan menewaskan Laksamana dengan cara meracuni minuman beliau. Saya akan berpura-pura menghadiahkan atau mempelawa beliau dengan satu minuman mewah yang mengandungi racun. Jika gagal, saya akan menyamar sebagai pengikut Laksamana dan membunuhnya semasa beliau sedang tidur.
Soalan 2(d) – Sajak
  1. Cara-cara penyajak menzahirkan keinsahan atas dosa-dosa yang lalu adalah dengan mengungkapkan kalimah syahdu sehingga menyentuh hatinya serta sujud dan melafazkan taubat dalam keadaan yang sedih dan sunyi-sepi.
  2. Pada pandangan saya, jika seseorang manusia itu sedar bahawa dunia ini bersifat sementara, dia akan sentiasa berasa bersalah dengan kejahatan yang dilakukannya. Selain itu, dia juga akan sering mengingati dan membuat persediaan untuk meninggalkan dunia dengan melakukan kebaikan. Akhir sekali, dia akan menghindari perbuatan yang membazir masa dan sia-sia.
  3. Nilai yang terdapat dalam sajak di atas ialah keinsafan. Sebagai contoh, penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu. Selain itu, terdapat juga nilai kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguh-sungguh dan gigih memohon keampunan kepada Tuhan.
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
  1. i. Lengan – Lengan Aiman berasa gatal akibat gigitan nyamuk itu
      lengang – Walaupun sudah terlewat, Amir masih berjalan secara lenggang
    ii. Timang – Puan Salmah sering timang anaknya yang baru lahir bulan lepas
       timbang – Penjaja ikan harus timbang ikan yang dijualnya dengan amanah
    iii. Trafik – Amir terlewat ke mesyuarat itu akibat tersekat di trafik yang sesak
        tragik – Kematian ibu bapa Munirah semasa hari graduasinya itu sungguh tragik
  2. i. Mata pelajaran Sejarah pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul pada setiap hari Sabtu.
    ii. Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.
    iii. Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.


Kesalahan ejaan
Kesalahan penggunaan imbuhan
i
Cucok → cucuk
Habiskan → menghabiskan
ii
Naskah → naskhah
Menghadiahi → menghadiahkan
iii
engkar → ingkar
Menggaul →bergaul



Kesalahan penggunaan kata atau istilah
Kesalahan tatabahasa
i
Keharmonian → Kecantikan
para-para pengunjung → para pengunjung
ii

demi untuk → demi/untuk
iii
Diwartakan →
di hari Khamis → pada hari Khamis

  1. i. sudah terhantuk baru tengadah
    ii.  Air dicencang tidak akan putus
    iii. Pelanduk dua serupa`
Soalan 4 : Novel
  1. Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
Leftenan Adnan merupakan seseorang yang sangat berani. Beliau sanggup berjuang menentang Jepun walaupun tanpa senjata dan kekurangan tentera. Walaupun tiada peluang kemenangan, beliau tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Selain itu, Leftenan Adnan juga seorang bijaksana. Contohnya, beliau bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Bukan itu sahaja, Leftenan Adnan ialah seorang insan yang berpatriotik dan sanggup meninggalkan kerjanya sebagai guru untukmemasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
b) Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah.
Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib, terdapat latar tempat Bukit Candu. Di latar ini, komponeni C telah menentang Jepun sekali lagi walaupun kekurangan askar. Kompeni C telah berjuang hingga ke titisan darah yang terakkhir dengan penuh berani. Malangnya, Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun dengan bayonet. Di dalam Tirani karya Beb Sabariah, terdapat latar tempat Rumah Bazilah. Tempat ini terletak di Yishn Street. Ini merupakan tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura. Mata dan hidungnya tercedera akibat serangan monyet Belanda yang meluru masuj secara tiba-tiba.

Thursday, October 4, 2018

Kosa kata


Kosa Kata
1.      Anani – Negara kita gagal berkembang maju akibat sifat anani yang wujud dalam diri sesetengah pihak .
2.      Bintat – Ibu menyapu sedikit ubat pada bintat di lengan adik
3.      Cengil – Siti takut untuk keluar dari rumah kerana khawatir akan dimarahi oleh ibunya yang bingat
4.      Dampit – Pelajar kelas 6 Gangsa yang nakal dan dampit itu amat menyakitkan hati guru-guru.
5.      Ekstradisi – Malaysia menghadapi masalah untuk menerima penjenayah Malaysia dari luar negara akibat ketiadaan perjanjian ekstradisi
6.      Gasar – Aktiviti gejala social oleh remaja-remaja yang gasar wujud disebabkan kekurangan pendidikan agama daripada ibu bapa
7.      Kentara – Orang Eropah itu begitu ketara walaupun dalam khayalak ramai disebabkan ketinggian dan kecerahan kulitnya.
8.      Lancip – Pendekar Melayu itu menikam lanun tersebut menggunakan sebuah lembing yang lancip
9.      Majal – Pisau yang majal tidak boleh digunakan untuk menyembelih lembu kerana akan menyeksanya
10.  Nyelap – Datuk kerap nyelap sejak menghidapi penyakit Parkinson
11.  Ompong – Badrul menerima ompong daripada kawannya yang baru pulang dari luar negara
12.  Palen – Aiman terlupa membawa palen yang cukup ke perkhemahan sekolahnya.
13.  Rantam – Tugasan berat itu Berjaya diselesaikan dengan cepat hasil usaha kami untuk berkerja secara rantam
14.  Sagur – Pak Dollah menyeberangi sungai itu menggunakan perahu sagur buatannya sendiri
15.  Takzim – Majlis formal hendaklah dikendalikan dengan penuh hormat dan takzim
16.  Tetua – Diana berasa amat bimbang setelah menjumpai tetua di mukanya
17.  Ungkal – Walaupun guru-guru telah berusaha keras untuk mendidik Faizal, dia masih ungkal untuk mengikut arahn mereka.
18.  Vila – Kawan ayah saya yang kaya itu hidup di dalam sebuah vila yang mewah di tepi pandai.







Bahasa klasik
1.      Astaka – Astaka itu dihias indah dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni
2.      Barang kelakuan – Barang kelakuan manusia akan dihitung dan dihakimi setelah mati
3.      Canggung – Fatimah berasa canggung semasa berada di bandar kerana sudah lama hidup di kampung.
4.      Demi – Demi kemerdekaan Malaysia, Negara ini telah maju dengan mendadak
5.      Gerangan – Ketua kampung masih sangsi tentang gerangan siapakah yang menceroboh rumahnya semalam.
6.      Hidup-hidupan – Pak Salleh menjaga hidup-hidupan di ladingnya dengan baik
7.      Jambatan larangan – Askar daripada Negara jiran telah melancarkan serangan di jambatan larangan untuk membunuh raja.
8.      Kabul akan – Sultan Melayu telah kabul akan permintaan petani itu sudah memberikan bantuan kepada orang kampong.
9.      Lemas – Perikelakuan Zaiton yang lemas telah memikat hati bangsawan itu.
10.  Majlis/mejelis – Dewan untuk rakyat berhimpun di istana itu sungguh majlis
11.  Narwastu – Zarif mewangikan pakaiannya menggunkan narwastu yang dijumpai di belakang rumahnya
12.  Orang keluaran – Raja yang baru dilantik itu sangat zalim terhadap orang keluaran terutamanya yang miskin.  
13.  Alamat – Binatang berlarian merupakan alamat sesuatu buruk akan berlaku
14.  Baada subuh – Pak Amin terus menuju ke kebun untuk bekerja baada subuh
15.  Carang – Samad mengumpul banyak carang untuk menghidupkan api
16.  Dalam percintaan – Setelah cintanya ditolak, Jamil berada dalam percintaan selama beberapa hari.
17.  Fana – Tidak kira betapa sihatnya seseorang itu, hidupnya kekal fana dan terhad.
18.  Geta – Sultan gemar berfikir tentang rakyatnya sambil duduk di atas geta.


















KOSA KATA BOLEH DIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN
  1. Polemik – Isu pembuangan anak di luar nikah kekal menjadi polemik negara sehingga ke hari ini
  2. Marhaen – Raja itu tidak pernah melupakan kesejahteraan golongan marhaen sepanjang tahun kerajaannya.
  3. Kulawarga – Sifat murni dalam diri generasi kini mestialh dating daripada kulawarga yang harmoni.
  4. Dasawarsa – Perkembangan teknologi yang pesat pada dasawarsa ini mempunyai banyak kesan terhadap pertumbuhan kanak-kanak
  5. Ikhtisar – Pemimpin yang baik sentiasa mendengar ikhtisar daripada setiap pengikutnya
  6.  Amsal/Tamsil - Amsalnya, kita boleh menolong guru untuk menunjukkan rasa hormat
  7. Wislah - Seseorang itu hendaklah menghargai wisalah yang terjalin dengan rakan-rakannya.
  8. Nirmala - Saya berasa terdorong untuk berjoging pada pagi yang nirmala ini
  9. Sakinah - Taman yang sakinah ini amat membantu saya menghilangkan tekanan
  10. Sinergi - Sinergi antara kerajaan dan rakyat akan memudahkan kemajuan dan perkemabangan negara.
  11. Uslub/minhaj/manhaj - Usaha dan latihan yang konsisten merupakan uslub untuk mencapai kejayaan
  12. prakarsa -  Setiap pihak mestilah memulakan prakarsa untuk mengekalkan kebersihan alam
  13. afroisme - Perbuatan Amir yang melupakan jasa gurunya bertepatan sekali dengan afroisme, bagai kacang melupakan kulit.
  14. sirna - Sifat cinta akan negara dan budaya kian sirna dalam diri kalangan remaja kini.
  15. jagatraya - Negara Jepun terkenal dengan kesopanan dan disiplin pekerja di jagatraya  
  16. seantero - Pelakon yang berbakat itu dikenali di seantero dunia
  17. obligasi - Menjaga kebersihan alam sekitar merupakan obligasi untuk setiap pihak.
  18. mayapada/marcapada - Mayapada, kanak-kanak sudah mahir menggunakan gajet-gajet canggih pada usia muda.
  19. mapan - Gejala sosial dalam kalangan remaja merupakan masalah yang mapan di negara
  20. seyogia - Ibu bapa seyogia tidak terlalu memanjakan anak-anak supaya mereka tidak naik lemak
  21. sementelahan - Sikap individualistik ialah faktor perpecahan ummah sementahalan perasaan alpa menyebabkan rakyat tidak mahu bersatu-padu.
  22. mauduk - Mauduk ucapan guru pada perhimpunan tadi ialah disiplin pelajar yang kian merosot
  23. padau - Sebelum saya menjelaskan padau perbincangan, biar saya menerangkan objektif perjumpaan ini dahulu.
  24. tegar -  Jamil ialah seorang peminat bola sepak yang tegar dan mempunyai banyak jersi dan kasut bola.
  25. kongkalikung - Sekumpulan remaja telah berkongkalingkung untuk melakukan vandalisme di kedai runcit itu.
  26. menyisir - Kita akan membaca al-Fatihah sebelum menyisir usul perbahasan ini dengan lebih terperinci.
  27. mahmudah - Sifat mahmudah Hani telah membuatkan dia disayangi oleh kawannya.
  28. gemulah - Kita mestilah menghargai pengorbananan gemulah terdahulu semasa memperjuangkan kemerdekaan
  29. ceritera - Aizat begitu mudah terpedaya dengan ceritera palsu di internet
  30.  intipati - Algebra merupakan intipati yang mesti difahami oleh para pelajar untuk cemerlang dalam subjek matematik
  31. berijtihad - Ustaz-ustaz mampu berijtihad apabila ditanya tentang isu agama hasil usaha mereka mengkaji dan mempelajari Quran dan Hadith.
  32. menghadap - Kerajaan harus menghadap dan menyentuh isu yang sensitif dengan bijaksana
  33. belasungkawa - Ali menerima ucapan belasungkawa daripada rakan-rakan setelah kematian ibunya.
  34.  kendatipun - Kendatipun keluarganya susah, Sofea masih dapat tersenyum mesra dan bergembira di sekolah.
35. signifikan - Keadilan social merupakan sesuatu yang signifikan dalam mengekalkan kemakmuran Negara.
36. terampil - Pemimpin wajib bersifat terampil untuk melaksanakan sesuatu dengan cekap dan pantas.
37. prognosis - Berkat mempelajari psikologi remaja, Jefri mahir melakukan prognosis membaca keperibadian seseorang.
38. proklamir - Antartika telah diproklamir sebagai khazanah dunia dan pembinaan pangkalan tentera telah dilarang di sana.
39. tragedi - Kejadian tanah runtuh semalam merupakan satu tragedi yang meragut banyak nyawa.
40. kulawarga - Datuk menghafal semua ahli kulawarganya walaupun sudah tua.
41. jalur lebar - Rakyat patut menghargai kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan
42. nihilisme - Perasaan nihilisme dalam kalangan remaja menyebabkan mereka lalai dan menolak nilai-nilai agama.
43. mobiliti - Pelajar-pelajar cemerlang sering bermobiliti ke luar negara.
44. hedonisme - Konsep hedonisme kian tersebar dalam golongan remaja akibat pengaruh barat.
45. francais - Dato’ Muzfir telah meluaskan produknya dengan mengaplikasikan konsep francais.
46. saf - Untuk mendidik disiplin, pelajar hendaklah meluruskan saf semasa berhimpun,
47. paradigma -  Jika kita mahu menyelesaikan masalah belia sekarang, satu anjakan paradigma mesti dilaksanakan.
48. kodifikasi - Kemahiran melakukan kodifikasi maklumat amat penting untuk memudahkan proses pembelajaran atau kerja.
49. enteng - Kita tidak boleh memandang enteng akan masalah kebersihan alam kerana banyak masalah yang akan timbul.
50. cakna - Guru-guru wajar bersifat cakna akan latar belakang keluarga seseorang pelajar yang bermasalah.
51. tuntas – Secara tuntasnya, Bahasa Jiwa Bangsa mampu membina perasaan cinta dan permartabatan terhadap bahasa Melayu
52. izhar – Kes buang anak di luar nikah merupakan masalah yang izhar dan tidak boleh disangkal lagi.
53. afdal – Lebih afdal untuk kita berdiam diri daripada bercakap perkataan kesat.
54. jerayawara – Antara tindakan yang kerajaaan boleh ambil untuk meningkatkan semangat patriotisme ialah mengadakan jerayawara ke seluruh negara.
55. rekayasa – Seseorang guru perlu mahir melakukan rekayasa semasa mendidik murid-murid dari pelbagai latar belakang.
56. egosentrik – Semangat kerjasama dan perpaduan terus merosot akibat kemunculan sikap egosentrik dalam masyarakat.
57. adiwangsa – Pada zaman sekarang, belia mempunyai peranan besar dalam menadi adiwangsa untuk memahsyurkan negara.
58. egaliarianisme – Kaum wanita telah diberikan hak yang sama dengan lelaki untuk merealisasikan egalitarianisme dari segi sosial.
59. atma – Penjajahan minda dari barat telah merosakkan atma golongan remaja sehingga melakukan gejala-gejala sosial.
60 bobrok – Daniel menyesal akan akhlaknya yang telah bobrok setelah ditangkap pihak polis akibat menyertai lumba haram.
61. pengitlakan – Sebagai pengitlakan, kita haruslah bekerjasama untuk merealisasikan projek ini.
62. efisien – Aktiviti gotong-royong merupakan satu langkah yang efisien untuk membersihkan kawasan kejiranan.
63. gelandangan – Kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh supaya tidak menjadi seorang gelandangan nanti.
64. muasir – Muasir ini, semangat dan motivasi bekerja Yazid amat tinggi.
65. simbiosis – Hubungan simbiosis antara peniaga dan pengguna sangat penting dalam perniagaan.
66. pidana – Hindarilah anak-anak daripada pidana yang merosakkan dengan penerapan nilai-nilai agama.
67. ningrat – Sekolah hendaklah berusaha untuk melahirkan ningrat dalam kalangan pelajar untuk membangunkan negara.
68. jembel – Walaupun berasal dari negara yang jembel, dia melakukan sesuatu dengan penuh tamadun.
69. murba – Projek kerajaan tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada golongan murba.
70. proletar – Negara akan runtuh dan menjadi huru-hara jika kita tidak memereangi kemunculan masyarakat proletar dan bermasalah.